comscore
Tumpuan :
Dunia

Shah Rukh Khan rebah diserang strok haba

Shah Rukh Khan alami strok haba dan dehidrasi selepas menyaksikan perlawanan kriket, Indian Premier League (IPL), kelmarin. – FOTO: AGENSI

GUJARAT, India: Aktor tersohor Bollywood, Shah Rukh Khan, 59, dikejarkan ke Hospital Ahmedabad, Gujarat, India akibat strok haba dan dehidrasi, kelmarin, lapor India Today.

Sebelum ini, pelakon Kuch Kuch Hota Hai itu berada Ahmedabad untuk menyaksikan perlawanan kriket, Indian Premier League (IPL) membabitkan pasukan Kolkata Knight Riders (KKR) dan Sunrisers Hyderabad (SRH) ditemani anaknya, Suhana dan Abram.

Selesai perlawanan, Shah Rukh Khan tiba di Narmada Hotel, namun keadaannya semakin teruk pada keesokan hari sebelum dikejarkan ke hospital.

Shah Rukh Khan diserang strok haba dan dehidrasi berikutan cuaca panas melampau di Ahmedabad apabila dilaporkan suhu mencecah 45.2 darjah Celcius pada Selasa lalu dan 45.9 darjah Celcius pada keesokannya.

Bagaimanapun, selepas menerima rawatan, Shah Rukh Khan dilapor sudah dibenarkan keluar dari hospital dan keadaannya kini stabil, selain dinasihati untuk mendapatkan rehat secukupnya.

Sejak beberapa tahun lalu, Shah Rukh Khan pernah mengalami masalah kesihatan lain seperti kecederaan bahu dan retak di bahagian tulang ketika menjalani penggambaran. – AGENSI

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini