MOSCOW: Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte, dan Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengadakan pertemuan pertama mereka selepas Pilihan Raya Presiden AS, membincangkan pelbagai isu keselamatan global, menurut Pejabat Akhbar NATO pada Sabtu, lapor Sputnik/RIA Novosti.
“Mereka (Rutte dan Trump) membincangkan pelbagai isu keselamatan global yang dihadapi Perikatan,” kata pejabat itu.
Rutte bersama pasukannya turut bertemu dengan Anggota Kongres Mike Waltz, yang dilantik Trump sebagai penasihat keselamatan nasional, serta beberapa anggota pasukan keselamatan nasional Trump, menurut pejabat itu. Pertemuan itu berlangsung pada Jumaat.
Pada hari yang sama, The Washington Post melaporkan bahawa Rutte dijangka melawat Trump di kediamannya di Mar-a-Lago, Florida, bagi membincangkan strategi untuk rundingan damai Ukraine. – BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.