Tumpuan :
Dunia

Serpihan Pesawat Delta dialihkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pearson

Foto: Reuters

KANADA: Lapangan Terbang Antarabangsa Pearson di Kanada pada hari Rabu (19 Februari) mula membersihkan serpihan pesawat Delta yang terbalik ketika mendarat.

Pada Isnin (17 Februari), hari kejadian, Lapangan Terbang Toronto Pearson mengalami angin kencang dan suhu yang sangat sejuk. Seramai 21 daripada 80 penumpang di dalam pesawat mengalami kecederaan, namun semua mangsa dijangka akan pulih.

Serpihan pesawat akan dipindahkan ke hangar untuk siasatan lanjut. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini