comscore
Tumpuan :
Dunia

Serangan siber cetus gangguan perkhidmatan televisyen Rusia

MOSCOW: Satu serangan siber telah menyebabkan gangguan perkhidmatan meluas di stesen penyiar milik negeri Rusia, VGTRK, pada hari Isnin, lapor agensi berita Jerman (dpa), memetik media tempatan.

Menurut pegawai perisikan Rusia, laman web berita Rusia, Gazeta.Ru melaporkan bahawa kumpulan penggodam pro-Ukraine yang dinamakan “sudo rm -RF” bertanggungjawab ke atas serangan itu,

Serangan itu menjejaskan siaran program dalam talian, perkhidmatan dalaman dan bahkan sambungan internet serta telefon syarikat, kata Gazeta.Ru.

Saluran berita Russia-24 tidak dapat diakses dalam talian pada pagi Isnin.

Pelbagai laporan menyatakan bahawa pelayan tidak berfungsi dan maklumat penting telah dipadam.

Mereka juga menyatakan bahawa pemulihan perkhidmatan akan mengambil masa yang lama.

Televisyen negeri masih belum memberikan komen mengenai laporan tersebut.- BERNAMA-dpa

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini