WARSAW: Seorang remaja perempuan maut, manakala sembilan lagi cedera dalam kejadian serangan pisau di sebuah rumah anak yatim di tengah Poland.
Media tempatan memaklumkan, insiden berlaku di kampung Tomislawice selepas 1 pagi (2100 GMT).
Lima daripada yang cedera digegas ke hospital, manakala selebihnya menerima rawatan segera lokasi kejadian.
Rentetan insiden itu, polis menahan pelaku berusia 19 tahun.
Siasatan kini dipergiat bagi mengenal pasti motif serangan.