Tumpuan :
Dunia

Serangan roket Israel ragut 2 nyawa

FOTO: AFP

SYRIA: Sekurang-kurangnya dua orang awam terbunuh akibat serangan peluru berpandu yang dilancarkan Israel ke ibu kota Syria.

Misil itu dilapor turut mengenai sebahagian kawasan di selatan negara berkenaan.

Serangan udara ini berlaku tidak lama selepas serangan seumpamanya beberapa hari lalu yang menyebabkan beberapa individu cedera dan meragut dua nyawa tentera Syria.

Misil yang dilancarkan dari Bukit Golan, mengenai tepat Damsyik dan beberapa lokasi lain di selatan negara itu.

Selain meragut dua nyawa, serangan hari ini turut mengakibatkan kemusnahan banyak harta benda.

Di Homs tempoh hari, lima tentera Syria turut cedera dalam serangan udara.

Sementara satu lagi serangan Jumaat lalu turut membunuh seorang penasihat ketenteraan.

Loading...
Terkini