comscore
Tumpuan :
Dunia

Serangan pengganas Israel ragut 44 nyawa

FOTO: Reuters

GAZA: 44 terbunuh dalam serangan pengganas rejim Israel dalam tempoh 24 jam di Gaza.

Mangsa termasuk 13 individu yang maut dalam bedilan ke atas beberapa kediaman di Rafah.

Enam lagi individu terkorban dalam serangan ke atas sebuah rumah di daerah Daraj.

Daerah tengah Gaza City pula menyaksikan enam lagi terbunuh termasuk tiga kanak-kanak.

Deir el-Balah turut jadi sasaran apabila pengganas rejim membedil sebuah bangunan dan meragut sekurang-kurangnya 9 nyawa.

Lapor media Al Jazeera, mangsa termasuk tiga kanak-kanak dan empat wanita.

Dalam pada itu operasi tentera rejim berterusan di Tebing Barat, sasaran termasuk daerah al-Khalil dan Jenin. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini