Tumpuan :
Dunia

Serangan peluru berpandu yang ‘heroik’ – Hamas

Hamas menyifatkan serangan peluru berpandu Iran sebagai sesuatu yang ‘heroik’.

KAHERAH: Pasukan pejuang Hamas memuji serangan peluru berpandu ‘heroik’ Iran sebagai balasan atas kematian pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh, pemimpin Hezbollah Sayyed Hassan Nasrallah dan Jeneral Briged Iran, Abbas Nilforoushan.

Iran melancarkan serangan peluru berpandu balistik ke arah Israel pada hari Selasa sebagai balasan terhadap kempen Israel terhadap sekutunya Hezbollah di Lebanon.

Serangan itu ternyata membangkitkan dendam Perdana Menterinya Israel, Benjamin Netanyahu yang berikrar untuk memberikan ‘respons yang menyakitkan’ terhadap musuhnya.

Iran telah berikrar untuk membalas setelah serangan Israel yang membunuh kepimpinan tertinggi sekutunya, Hezbollah, di Lebanon, termasuk pemimpin kumpulan itu, Hassan Nasrallah, yang merupakan figura penting dalam rangkaian pejuang Iran di seluruh kawasan.

Dalam satu kenyataan, Pengawal Revolusi Iran menyatakan bahawa serangan itu juga sebagai balasan terhadap pembunuhan Israel pada bulan Julai terhadap bekas ketua Hamas, Ismail Haniyeh, di Tehran.

Dalam pada itu, penduduk Palestin di Semenanjung Gaza meraikan puluhan roket yang menuju ke Israel.

Beberapa roket tersebut jatuh di kawasan Palestin selepas dipintas sistem pertahanan ‘iron dome’ Israel, tetapi tidak menyebabkan sebarang kehilangan nyawa, kata saksi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini