comscore
Tumpuan :
Dunia

Serangan nekad ragut 9 nyawa, angka korban dikhuatiri meningkat

FOTO: AP

KARACHI: Sekurang-kurangnya sembilan anggota separa tentera terbunuh manakala tujuh lagi cedera dalam satu serangan nekad di wilayah Balochistan barat daya Pakistan.

Agensi Anadolu melaporkan, menurut jurucakap kerajaan Balochistan, Farah Azeem, kejadian berlaku berhampiran daerah Sibbi, menyasarkan trak yang membawa anggota separa tentera Balochistan Constabulary.

Suspek yang menunggang motosikal merempuh trak membawa anggota tentera yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan sempena perayaan tahunan “Sibi Mela”.

Angka kematian dikhuatiri meningkat berikutanramai mangsa yang cedera dilaporkan kritikal.

Susulan kejadian, Perdana Menteri Shehbaz Sharif yang kini berada di Qatar mengecam insiden itu dan mengarahkan agensi keselamatan untuk membawa dalang yang terlibat ke muka pengadilan.

Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu.

Wilayah berkenaan adalah laluan utama projek Koridor Ekonomi China-Pakistan bernilai AS$64 bilion, yang menghubungkan wilayah Xinxiang barat laut China ke pelabuhan Gawadar di Balochistan.

Loading...
Terkini