comscore
Tumpuan :
Dunia

Serangan ke atas Vilniansk ragut 7 nyawa

FOTO: Reuters

UKRAINE: Serangan didakwa didalangi tentera Rusia ke atas bandar Vilniansk meragut tujuh nyawa termasuk dua kanak-kanak.

Menurut pihak berkuasa, dua peluru berpandu yang disasarkan ke bandar itu turut menyebabkan 31 penduduk cedera.

Bedilan mengakibatkan kemusnahan infrastruktur, premis perniagaan dan beberapa pangsapuri.

Pasukan bomba bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.

Dalam pada itu, Kementeri Pertahanan Rusia dalam satu hantaran di Telegram memaklumkan, tenteranya menyasarkan sebuah kereta api membawa senjata dan peralatan tentera.

Serangan dikatakan meragut nyawa tentera Ukraine selain memusnahkan jentera dan peluru berpandu. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini