comscore
Tumpuan :
Dunia

Serangan ke atas Israel capai semua objektif – Tehran

FOTO: Reuters

TEHRAN: Ketua Kakitangan Tentera Iran, Mohammad Bagheri, mendakwa serangan dilancarkan pihaknya ke atas Israel mencapai semua objektif.

Katanya tindakan balas Iran menyasarkan pusat perisikan dan pangkalan udara di mana Tehran mendakwa ia menjadi lokasi jet F-35 milik Israel berlepas untuk menyerang konsulat Damsyik pada 1 April lalu.

“Kedua-dua pusat ini telah musnah dengan ketara dan tidak berfungsi.”Justeru, tiada niat untuk meneruskan operasi ini,” katanya sambil menggesa Israel tidak mengambil tindakan lanjut terhadap Iran bagi mengelak tindak balas yang jauh lebih besar.

Serangan  dilakukan Tehran berikutan serangan maut Israel terhadap bangunan konsulat Iran di Damsyik.

“Perkara itu boleh dianggap selesai. Bagaimanapun, sekiranya rejim Israel membuat kesilapan lagi, tindak balas Iran akan menjadi lebih teruk.

“Tindakan ketenteraan Iran adalah sebagai tindak balas terhadap pencerobohan rejim Zionis terhadap premis diplomatik kami di Damsyik awal bulan ini.

“Ia dilakukan atas kekuatan Artikel 5 Piagam PBB yang berkaitan dengan pertahanan yang sah,” kata misi Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam catatan di X hari ini.

Tindak balas Iran itu adalah serangan ketenteraan secara langsung negara itu ke atas wilayah Israel.

Semalam, Kor Pengawal Revolusi Iran mengumumkan mereka melancarkan puluhan dron dan peluru berpandu, menyasarkan tapak tentera di wilayah Israel.

Israel pula mendakwa pihaknya menembak 99 peratus dron dan peluru berpandu dengan bantuan Amerika Syarikat dan sekutu lain.

Oleh yang demikian, Israel menyifatkan serangan yang dilancarkan Tehran sebagai gagal.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini