Tumpuan :
Dunia

Serangan di Kherson ragut nyawa penduduk, 3 cedera

UKRAINE: Tentera Rusia menyerang sebuah bangunan pangsapuri di bandar Kherson pada Khamis (20 Februari), mengorbankan seorang penduduk dan mencederakan tiga yang lain serta menyebabkan kerosakan serius, menurut Gabenor Wilayah Kherson, Oleksandr Prokudin.

Prokudin berkongsi video yang menunjukkan pasukan penyelamat sedang bekerja di lokasi sebuah blok pangsapuri yang rosak teruk. Reuters tidak dapat mengesahkan secara bebas lokasi dan tarikh rakaman video tersebut.

Tentera Rusia berundur dari tebing barat Sungai Dnipro pada musim luruh 2023 dan mengambil kedudukan di bahagian timur, lokasi di mana mereka secara berkala mengebom bandar dan kampung di seberang sungai.

Rusia menafikan menyasarkan orang awam, tetapi secara berterusan menyerang bandar dan kawasan di belakang garis hadapan sejak hampir tiga tahun pencerobohannya ke atas Ukraine. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini