Tumpuan :
Dunia

Serangan besar-besaran Rusia ragut 12 nyawa di Ukraine

FOTO: Reuters

Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh selepas Rusia melancarkan serangan besar-besaran menggunakan dron dan peluru berpandu ke atas Ukraine, menyasarkan bangunan kediaman serta infrastruktur tenaga.

Pada hari Sabtu, tentera udara Ukraine berkata Rusia melancarkan 123 dron dan lebih daripada 40 peluru berpandu. Ukraine berjaya menembak jatuh 56 dron dan mengalihkan 61 daripadanya, namun tidak memberikan angka mengenai jumlah peluru berpandu yang berjaya dipintas.

Perkhidmatan Kecemasan Ukraine berkata sebuah peluru berpandu telah mengenai sebuah bangunan kediaman di bandar Poltava, kira-kira 120km (75 batu) dari sempadan, mengorbankan lapan orang, termasuk seorang kanak-kanak dan mencederakan 17 yang lain.

FOTO: Reuters

Kira-kira 18 bangunan, sebuah tadika dan infrastruktur tenaga turut mengalami kerosakan.

Di bandar timur laut Kharkiv, datuk bandar melaporkan seorang wanita terbunuh dan empat orang cedera dalam serangan dron.

Pegawai wilayah Sumy juga mengesahkan bahawa tiga anggota polis terbunuh ketika mereka sedang melakukan rondaan di sebuah bandar semasa serangan berlaku. – AL JAZEERA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini