comscore
Tumpuan :
Dunia

Serangan berterusan di Lubnan, dikhuatiri cetus kesan geopolitik besar Asia Barat – Pakar

Foto fail Reuters

Oleh: Fareez Azman

PETALING JAYA: Serangan berterusan rejim Zionis Israel di Beirut, Lubnan dikhuatiri boleh mencetuskan kesan geopolitik besar di Asia Barat sekaligus memberi kesan kepada perdagangan antarabangsa dalam tempoh akan datang.

Menurut Pengarah & Penganalisis Research Institute for Indonesia, Thailand and Singapore (ITS), Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr. Md Shukri Shuib, kekejaman rejim negara haram itu yang tidak menghormati kedaulatan Lubnan, boleh mengheret tindak balas dari negara arab lain.

“Daripada segi gas, petrol, pengangkutan di Laut Mediteranean, Terusan Suez dan Laut Merah, kecekapan pengangkutan di Laut Parsi mungkin akan jadi tergugat ekoran serangan di Lubnan dan tindak balas Houthi di Yaman.

“Serangan zionis ke atas pelabuhan di Yaman, juga tindak balas Yaman, Iraq dan Lubnan akan beri kesan geopolitik besar kepada perdagangan antarabangsa sekiranya tindakan (Perdana Menteri Israel) Benjamin Netanyahu tidak berjaya dihentikan,” katanya.

Terbaharu, rejim Zionis terus melancarkan serangan udara yang lebih dasyat di beberapa kawasan di Selatan Beirut tengah malam tadi.

Turut dibedil, kawasan berhampiran lapangan terbang antarabangsa di wilayah itu yang turut mencetuskan kegusaran buat orang ramai yang ingin meninggalkan Lubnan menerusi laluan udara.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini