![](https://media.buletintv3.my/2023/01/CMS-PPZ.jpg)
AFGHANISTAN: Sekurang-kurangnya 10 dikhuatiri maut manakala lapan lagi cedera dalam letupan di lapangan terbang tentera Kabul.
Letupan di luar lapangan terbang itu dilaporkan berlaku pada 8 pagi waktu tempatan.
Menurut agensi berita AFP, letupan berlaku di pintu masuk menuju ke lapangan terbang tentera itu yang juga terletak bersebelahan Lapangan Terbang Antarabangsa Kabul.
Pihak berkuasa buat masa ini telah mengepung kawasan letupan.
Siasatan awal mendapati pejabat Kementerian Dalam Negeri Afghanistan yang terletak berdekatan turut terbakar.
Buat masa ini tiada pihak tampil mengaku bertanggungjawab mendalangi serangan dan kes masih dalam siasatan.