KATHMANDU: Seorang maut dan hampir 30 lagi hilang dalam banjir kilat dan tanah runtuh akibat hujan lebat yang melanda timur Nepal.
Ia adalah kematian pertama yang dilaporkan sejak musim hujan tahunan bermula di negara itu, minggu lalu.
Menurut Jurucakap Kerajaan, arus deras menghanyutkan projek hidroelektrik yang sedang dalam pembinaan di Sungai Hewa, mengakibatkan 16 pekerja projek itu hilang
Sembilan orang turut dilaporkan hilang dalam banjir kilat dan tanah runtuh di daerah Taplejung dan Panchthar yang bersempadan dengan India
Juga terdapat laporan jalan raya terputus hubungan susulan kerosakan jambatan di daerah sama akibat hujan lebat semalaman
Dalam pada itu, anggota penyelamat turut berdepan kesukaran untuk sampai ke kawasan berbukit di Sidingwa bagi operasi membantu penduduk yang berdepan risiko dihanyutkan arus deras. – REUTERS