AMERIKA SYARIKAT: Runtuhan sebuah bangunan empat tingkat menempatkan lot parkir di New York meragut sekurang-kurangnya satu nyawa.
Lima mangsa cedera dengan empat daripadanya dikejarkan ke hospital untuk rawatan susulan.
Pasukan kecemasan menggunakan bantuan robot selepas terpaksa berundur ekoran struktur yang kurang stabil.
Pihak berkuasa tempatan menggesa orang ramai agar menjauhi lokasi kejadian bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
Pemeriksaan ke atas bangunan bersebelahan turut dilakukan bagi meneliti kestabilan strukturnya.
Sebuah universiti berhampiran mengambil langkah mengosongkan kelas sebagai langkah berjaga-jaga.
Punca sebenar runtuhan masih dalam siasatan. – CBS / REUTERS