Tumpuan :
Dunia

Seorang maut, 3 cedera dalam serangan dron di Moscow

FOTO: Reuters

RUSIA: Sebuah pangsapuri terbakar dalam serangan dron dipercayai dilancarkan Pasukan tentera Ukraine di Ramenskoye, Moscow.

Menurut Gabenor Moscow, Andrei Vorobyov di Telegram, kejadian pada tengah malam itu telah merosakkan sekurang-kurangnya dua bangunan pangsapuri tinggi di daerah Ramenskoye, wilayah Moscow, dengan beberapa unitnya terbakar.

Seorang wanita berusia 46 tahun telah disahkan maut dan tiga orang cedera dalam kejadian itu.

Beliau menambah bahawa 43 orang telah dipindahkan ke pusat penginapan sementara.

Pihak berkuasa tempatan pada masa sama terus berusaha untuk memberikan bantuan kepada mangsa dan mengendalikan situasi terbabit.

Keadaan ini dilihat menambah ketegangan dalam konflik yang sedang berlaku.

Media Reuters dalam pada itu telah mengesahkan lokasi tersebut berdasarkan imej satelit dan keadaan jalan.

Video sokongan menunjukkan pemandangan yang sama dan tarikh kejadian disahkan oleh kenyataan Gabenor Moscow. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini