Tumpuan :
Dunia

Seorang maut, 2 cedera dalam kebakaran di Manila

Foto hiasan

MANILA: Kebakaran di penempatan penduduk di ibu negara Filipina pada awal pagi Ahad, meragut nyawa seorang remaja lelaki berusia 19 tahun dan mencederakan dua yang lain, menurut Pejabat Perlindungan Kebakaran Filipina, lapor Xinhua.

Kebakaran bermula di salah sebuah rumah di Pasig City sebelum jam 4 pagi waktu tempatan dan merebak ke kawasan kejiranan yang padat dalam beberapa minit, menyebabkan mangsa terperangkap di rumahnya.

Pasukan bomba mengambil masa lebih dua jam untuk mengawal kebakaran tersebut, kerana lorong sempit menyukarkan trak bomba untuk memasuki kawasan rumah yang terbakar.

Kebakaran itu telah memusnahkan sekurang-kurangnya 30 rumah dan memberi kesan kepada kira-kira 50 penduduk. Punca kebakaran sedang disiasat.

–BERNAMA-XINHUA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini