MALANG: Seorang pemain futsal di Malang, Jawa Timur, Indonesia yang menendang kepala lawannya ketika sujud syukur, telah dikenakan dihukum larangan bermain selama dua tahun.
Hukuman itu diumumkan oleh Ketua Persatuan Futsal Kota Malang, Bagus Orton hari ini.
Memetik laporan media tempatan Bagus berkata, hukuman itu dikenakan keatas pemain berkenaan sebagai pengajaran buatnya agar dia tidak melakukan perkara sama di masa hadapan.
“Dia juga sudah dibuang dari pasukannya dan dilarang beraksi untuk pasukan itu selama setahun,” katanya.
Video kontroversi itu tular di media sosial keranan memaparkan pemain sebuah pasukan dari Malang menendang kepala lawannya yang sedang sujud syukur selepas meraikan tendangan penalti dalam perlawanan yang berlangsung di sebuah pusat futsal Sidoarjo, Jawa Timur.