MOSCOW: Senegal akan mengadakan pilihan raya awal pada Ahad, apabila rakyat akan memilih 165 anggota Dewan Kebangsaan untuk tempoh lima tahun, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Pilihan raya itu diadakan susulan pembubaran parlimen oleh Presiden Senegal, Bassirou Diomaye Faye, pada 12 Sept selepas enam bulan memegang jawatan.
Lebih tujuh juta pengundi berdaftar layak mengundi dengan 41 parti politik, gabungan atau entiti bebas mengambil bahagian dalam pilihan raya itu.
Seramai 506 pemerhati akan memantau perjalanan pilihan raya, termasuk 446 pemerhati tempatan dan 60 pemerhati antarabangsa. – BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.