AMERIKA SYARIKAT: Ketua Senat Minoriti AS berkata tarif baharu yang diumumkan Presiden Donald Trump berkemungkinan akan meningkatkan kos bagi pengguna di negara itu.
“Anda akan menonton Super Bowl minggu depan. Tunggu sehingga tarif Trump menaikkan harga piza anda,” tulis senator Demokrat itu di laman X.
“Anda bimbang tentang harga kereta? Tunggu sehingga tarif Trump ke atas Kanada menaikkan harga kereta anda.” – AL JAZEERA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.