MEXICO CITY: Seluruh grid kuasa di Cuba gagal berfungsi pada Jumaat, apabila Kementerian Tenaga negara mengumumkan bahawa loji kuasa terma Antonio Guiteras terhenti operasi secara tiba-tiba, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Menurut kenyataan kementerian, kegagalan ini menyebabkan gangguan bekalan elektrik di seluruh negara.
Beberapa loji kuasa lain sudah tidak beroperasi disebabkan uzur.
Cuba sedang menghadapi satu daripada krisis ekonomi paling buruk sejak revolusi yang dipimpin oleh Fidel Castro pada 1959.
Disebabkan keadaan infrastruktur yang usang — akibat sekatan perdagangan Amerika Syarikat yang berkuat kuasa lebih 60 tahun, loji kuasa terma di Cuba kerap terhenti operasi dan memerlukan baik pulih kecemasan.
Gangguan bekalan elektrik adalah perkara biasa di seluruh negara.
— BERNAMA-dpa
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.