LONDON: Bekas Menteri Pertama Scotland, Nicola Sturgeon ditahan oleh pihak berkuasa berhubung siasatan terhadap penyelewengan dana Parti Nasional Scotland (SNP).
Perkara berkenaan disahkan oleh jurucakap bekas pemimpin berusia 52 tahun itu.
Menurut media tempatan, pihak berkuasa bakal melakukan soal siasat berhubung perolehan dana lebih £600,000 pound oleh SNP yang didakwa disalah guna untuk tujuan tertentu.
Bagaimanapun tiada butiran lanjut berhubung jenis penyalahgunaan dana oleh SNP yang dikaitkan dengan Sturgeon didedahkan kepada umum.
Dalam pada itu, SNP menerusi kenyataan berasingan pula bersedia untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Polis Scotland berhubung siasatan kes berkenaan.
April lalu, suami Sturgeon, Peter Murrell dan bekas bendahari SNP turut ditahan bagi membantu siasatan serupa.
Mereka kemudiannya dibebaskan tanpa didakwa sebaik soal siasat tamat.
Sturgeon membuat kejutan pada Februari lalu apabila mengumumkan peletakan jawatannya selaku Menteri Pertama Scotland. – REUTERS