SHANGHAI: Taufan Bebinca yang dikategorikan sebagai taufan kategori satu, mula melanda Shanghai, China pagi tadi.
Bebinca yang berkelajuan sehingga 151 kilometer sejam itu adalah taufan paling kuat pernah melanda Shanghai sejak lebih dari tujuh dekad lalu.
Sebelum ini, Taufan Gloria yang berlaku pada tahun 1949 direkodkan sebagai taufan paling kuat melanda wilayah yang berkepadatan penduduk hampir 25 juta orang itu.
Ratusan penerbangan di dua lapangan terbang di Shanghai dibatalkan sejak malam tadi sementara operasi perjalanan kereta api turut digantung.
Dalam pada itu, beberapa taman tema permainan kanak-kanak seperti Shanghai Disney Resort, Jinjiang Amusement Park dan Shanghai Wild Animal Park sudah ditutup buat sementara waktu kepada umum bagi mengelak masalah tidak diingini daripada berlaku.
Sebelum Bebinca, Taufan Yagi yang disifatkan selaku kategori 4 tahap empat, membadai beberapa wilayah China teruitama Hainan minggu lalu. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.