WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangani perintah eksekutif untuk menarik AS keluar daripada Perjanjian Iklim Paris.
Tindakan itu bermakna AS akan keluar dari perjanjian tersebut untuk kali kedua, setelah Trump pernah berbuat demikian semasa penggal pertama beliau.
Dalam ucapannya semasa pelantikan, Trump berkata bahawa beliau akan lebih memberi fokus kepada pengeluaran dan penggunaan bahan bakar fosil serta memanfaatkan sumber minyak dan gas yang banyak dimiliki oleh AS.
Perjanjian Iklim Paris yang diterima pada 2015 merupakan usaha global untuk menangani pemanasan global yang disebabkan oleh manusia.
AS menyertai perjanjian itu pada 2016, tetapi Trump menarik AS keluar daripada perjanjian itu pada 2020.
Sekali lagi bekas presiden, Joe Biden yang menjawat jawatan itu membawa AS kembali ke dalam perjanjian tersebut.
Tindakan terbaru Trump sekaligus menunjukkan perubahan berkala mengenai komitmen AS dalam menghadapi perubahan iklim di dunia.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.