Jutawan Elon Musk yang juga penasihat rapat Presiden AS Donald Trump, mempunyai anaknya yang ke-14.
Putera baharunya dilahirkan hasil hubungan dengan Shivon Zilis, seorang Eksekutif di Neuralink, syarikat milik Musk yang terdahulunya sudah mempunyai tiga anak yang lain.
“Selepas berbincang dengan Elon dan bertepatan dengan ulang tahun Arcadia yang indah, kami rasa lebih baik untuk terus berkongsi tentang anak lelaki kami yang luar biasa, Seldon Lycurgus,” kata Zilis dalam satu siaran di X. Dia tidak menyatakan bila anak itu dilahirkan. Musk membalas dengan emotikon hati.
Pengumuman Zilis ini muncul dua minggu selepas influencer konservatif Ashley St. Clair juga mendedahkan bahawa dia baru sahaja mempunyai anak dengan Musk. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.