comscore
Tumpuan :
Dunia

Selang beberapa hari, Korea Utara lancar lagi ujian roket baharu

FOTO: Reuters

PYONGYANG: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un menyelia ujian pelancar roket berganda yang dilengkapi ‘sistem panduan’ baharu.

Ia didedahkan media kerajaan, KCNA, tiga bulan selepas Korea Utara mengumumkan untuk mempersiapkan tenteranya dengan senjata perang baharu, yang mampu menyerang Seoul dan kawasan berhampiran.

Republik itu baru-baru ini memperkukuh hubungan ketenteraan dengan Rusia.

Pakar menyatakan, Korea Utara boleh menguji dan meningkatkan pengeluaran meriam serta peluru berpandu sebelum menghantarnya ke Rusia untuk digunakan di Ukraine.

Sementara itu, Amerika Syarikat dan Seoul turut menuduh Pyongyang membekalkan kelengkapan perang termasuk peluru berpandu bagi operasi tentera Rusia.

Korea Utara bagaimanapun menangkis dakwaan itu.

Pada ujian tembakan itu, Jong-un juga ‘menegas dasar yang perlu diteruskan dalam penghasilan artileri baharu bagi kelengkapan tenteranya

Bagaimanapun tiada butiran lanjut didedahkan.

Laporan media itu disiarkan dua hari selepas Korea Utara melancarkan ‘dron serangan nekad’ atau pesawat tanpa pemandu yang direka untuk merempuh musuh dan meledak.

Fungsinya juga dilihat sama seperti peluru berpandu.

Mei lalu, Korea Utara berkata, pelancar roket yang dikemas kini akan ‘dikerahkan bagi kegunaan unit Tentera Rakyat Korea sebagai peralatan gantian bermula 2024 hingga 2026’.

Hubungan dua negara Korea itu terus tegang dalam beberapa tahun kebelakangan ini selepas dengan Pyongyang mengisytiharkan Korea Selatan sebagai ‘musuh utama’ mereka.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini