MOSCOW: Sekatan ke atas operasi lapangan terbang antarabangsa Sheremetyevo, Domodedovo, dan Zhukovsky telah ditarik balik, menurut Agensi Pengangkutan Udara Persekutuan Rusia (Rosaviatsiya) lapor Sputnik/RIA Novosti.
“Sekatan sementara diperkenalkan untuk memastikan keselamatan penerbangan pesawat awam. Dalam tempoh sekatan, 36 pesawat telah dialihkan ke kawasan pendaratan alternatif,” menurut Rosaviatsiya dalam satu kenyataan.
Rosaviatsiya berkata kru pesawat, pengawal trafik udara, dan perkhidmatan lapangan terbang telah mengambil semua langkah perlu untuk memastikan keselamatan penerbangan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.