KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat ringan milik Kelab Penerbangan Jazirah dilaporkan terhempas di pesisir pantai Ras Al Khaimah di Emiriah Arab Bersatu (UAE) semalam.
Memetik agensi antarabangsa, Pihak Berkuasa Penerbangan Umum (GCAA) dalam satu kenyataan mengesahkan kejadian itu.
Jelas GCAA, Bahagian Penyiasatan Kemalangan Udara telah menerima laporan berhubung nahas itu dan pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan dalam mencari punca kemalangan.
GCAA turut merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga juruterbang dan pembantu juruterbang yang terkorban dalam nahas itu.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.