comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Sanggup berjalan kaki ribuan kilometer demi ke Tanah suci Makkah

Foto: Usman Arshad

MAKKAH: “Usaha tangga kejayaan”, itu adalah kata kunci yang dipegang oleh seorang pelajar Pakistan, apabila sanggup mengorbankan masa dan berpenat lelah dengan berjalan kaki sejauh 4,000 Kilometer bagi merealisasikan impiannya untuk sampai ke tanah suci Makkah.

Apa yang mengagumkan tentang perjalanan Usman Arshad adalah cuma berbekalkan sekaki payung dan sebuah beg galas.

@buletintv3 Sanggup berjalan kaki ribuan kilometer demi ke Tanah suci Makkah #makkahmadinah🕋 #buletintv3 ♬ original sound – BuletinTV3

“Setiap muslim ingin datang ke Makkah untuk menziarahi Rumah Allah dan melawat Masjid Nabawi, sekali dalam hidup mereka. Dan saya mempunyai keinginan yang sama, tetapi saya ingin pergi kedua-dua tempat ini hanya dengan berjalan kaki”, kata Usman ketika di temubual media.

Memulakan perjalanan selama enam bulan dari kampung halamannya di Okara pada Oktober 2022, Usman Arshad berjalan melalui Pakistan, Iran, Emiriah Arab Bersatu dan Arab Saudi untuk menuju ke destinasi terakhirnya kota suci Makkah.

Bagaimanapun, semasa perjalanannya, Arshad menghadapi banyak cabaran, termasuk visa negara Iraq ditolak, cuaca buruk, serta masa rehat dan tidur yang tidak teratur.

Namun itu bukanlah noktah perjalanannya bagi mencapai impian pelajar berusia 25 tahun itu. Dengan sokongan moral dan dorongan daripada orang ramai, Usman tetap meneruskan perjalanannya menjejakkan kaki ke Rumah Allah itu.

Usahanya ternyata membuahkan hasil apabila Usman kini sedang menuju ke Masjidil Haram bagi mengerjakan ibadat Umrah. – REUTERS

Loading...
Terkini