Tumpuan :
Dunia

Sambutan rasmi Emir Qatar Sheikh Tamim Bin Hamad Al-Thani di India

FOTO: Reuters

NEW DELHI: India mengadakan upacara sambutan rasmi untuk Emir Qatar, Sheikh Tamim Bin Hamad Al-Thani di Istana Presiden pada Selasa.

Presiden India, Droupadi Murmu dan Perdana Menteri Narendra Modi menyambut ketibaan Al-Thani dalam satu upacara di Rashtrapati Bhavan, di mana beliau turut melakukan pemeriksaan kawalan kehormat.

Ini adalah lawatan rasmi dua hari Emir Qatar ke India dengan lawatan terdahulu adalah pada Mac 2015.

Al-Thani dijadualkan mengadakan perbincangan dua hala dengan Modi pada hari yang sama.

Rakyat India adalah ekspatriat terbesar di Qatar dengan lebih 800,000 orang tinggal dan bekerja di negara itu. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini