comscore
Tumpuan :
Dunia

Sambutan Hari Pekerja dicemari insiden keganasan di Venezuela

FOTO: Reuters

VENEZUELA: Sambutan Hari Pekerja dicemari insiden keganasan dalam tunjuk perasaan antikerajaan di Caracas.

Tunjuk perasaan dihadiri golongan pekerja sektor swasta, guru dan pesara bagi mendesak kenaikan gaji minimum.

Pada ketika ini, gaji minimum ditetapkan pada 130 Bolivars atau sekitar RM17 sebulan.

Penunjuk perasaan juga menolak polisi bonus dicadangkan kerajaan pimpinan Nicolas Maduro.

Mereka juga menuntut hak mereka bagi keselamatan sosial dan faedah wang persaraan secukupnya.

Tunjuk perasaan bagaimanapun bertukar ganas apabila ada penyokong kerajaan yang cuba merempuh kumpulan penunjuk perasaan dengan motosikal.

Bagi mengendurkan ketegangan polis bertindak balas dengan membina penghadang bagi menghalang kemaraan penunjuk perasaan. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini