comscore
Tumpuan :
Dunia

Sambutan Aidilfitri digemparkan dengan insiden tembakan

WASHINGTON: Tiga cedera dalam satu kejadian tembakan antara dua kumpulan bersenjata pada sambutan Aidilfitri di bandar Philadelphia, Amerika Syarikat, semalam.

Bagaimanapun polis tidak mengaitkan sambutan Aidilfitri itu sebagai sasaran kumpulan penembak.

“Kita sangat bernasib baik hari ini kerana tiada individu yang ditembak dan terbunuh,” kata Pesuruhjaya Polis Kevin Bethel kepada media.

Kira-kira 1,000 orang berada di taman itu bagi meraikan penghujung bulan puasa dan dianggarkan 30 das tembakan kedengaran, kata Bethel.

“Apa yang kami tahu terdapat dua kumpulan di dalam taman itu, yang saling berbalas tembakan,” kata Bethel.

Tiga cedera, termasuk seorang remaja berusia 15 tahun bersenjata yang ditembak polis.

Lima orang ditahan termasuk remaja itu dan lima senjata ditemukan, kata polis.

“Aidilfitri harus sentiasa menjadi masa kegembiraan bagi jiran Islam kita. Dan saya bersedih bagi pihak penganut Islam Philadelphia yang perayaannya dihancurkan oleh keganasan senjata hari ini,” tulis Gabenor Pennsylvania Josh Shapiro di X.–Reuters

Loading...
Terkini