KHARTOUM: Lebih 300 maut, ribuan cedera dalam perperangan antara pasukan setia kepada ketua tentera Sudan dengan Rapid Support Forces (RSF) atau dikenali sebagai Hemeti, dipimpin timbalannya, Mohamed Hamdan Daglo.
Ketua tentera Sudan, Abdel Fattah berkata, Sudan meraikan Aidilfitri dengan sambutan berdarah, kemusnahan, kehancuran dan bunyi peluru tembakan yang memecahkan suasana.
Bunyi tembakan yang kuat berterusan bergema di seluruh kota pagi tadi serta asap hitam menutupi seluruh ibu negara dan beberapa lokasi lain hasil pertempuran yang memasuki hari ke-6.
Menurut Jawatankuasa Pusat Doktor Sudan, beberapa kawasan Khartoum dibom selain Khartoum menghadapi pertempuran sengit membabitkan serangan udara dan kereta kebal yang menyasarkan daerah yang padat.
Kira-kira lima juta penduduk berlindung di rumah tanpa elektrik, makanan dan minuman serta sistem komunikasi yang terganggu.
Menurut RSF, pasukan dibentuk daripada anggota militia Janjaweed yang mengetuai keganasan melampau selama bertahun-tahun di wilayah barat Darfur, mereka akan komited pada gencatan senjata selama 72 jam bermula Subuh (waktu tempatan).
Namun, dua gencatan senjata dengan tempoh 24 jam yang diisytiharkan sebelum ini masih gagal bertahan.
Sehingga kini, orang awam dilihat semakin terdesak untuk menyelamatkan diri dengan ribuan mereka sanggup mengambil risiko melarikan diri dari Khartoum, walaupun jalan dipenuhi mayat. – AFP