Tumpuan :
Dunia

Salji tebal jejas sektor pertanian di Jepun

FOTO: Reuters

Cuaca sejuk melampau dengan salji tebal melanda beberapa wilayah Jepun, termasuk Fukushima, Hokkaido, dan Niigata mengakibatkan kerosakan besar dalam sektor pertanian dan jalan raya terputus hubungan.

Di Fukushima, ribut salji berterusan telah membebankan usaha pembersihan salji, menjadikan banyak jalan tidak boleh dilalui. Dengan jentera penyodok salji yang tidak dapat menampung jumlah salji yang turun. Penduduk tempatan terpaksa mengambil inisiatif untuk membersihkan salji.

“Cuaca tahun ini sangat berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya. Salji turun tanpa henti, dan jumlah salji yang terkumpul sudah tiga kali ganda daripada biasa. Jentera penyodok tidak dapat melalui jalan, jadi penduduk bandar sendiri yang membersihkan salji. Banyak kenderaan tersekat dan orang ramai keluar dari kenderaan mereka untuk membantu menolak,” kata seorang penduduk.

“Jalan dipenuhi lubang, menjadikannya sangat berbahaya untuk para penumpang dan pelajar berjalan kaki. Kami berharap jalan dapat dibaiki secara berperingkat secepat mungkin,” tambah seorang lagi penduduk.

Sektor pertanian turut terjejas teruk, terutamanya di Aizuwakamatsu, sebuah kawasan utama penanaman strawberi di Fukushima. Rumah hijau yang runtuh akibat salji tebal telah menyebabkan para petani kehilangan hasil tanaman.

“Salji turun sejak 4 Februari dan kami telah membersihkannya setiap malam hingga lewat malam. Akibat turunan salji lebat dari malam 6 Februari hingga pagi 7 Februari, rumah hijau tiba-tiba runtuh. Akibatnya, kami tidak dapat menuai strawberi,” kata seorang petani. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini