PYONGYANG: Salji tebal meliputi beberapa kawasan di Korea Utara, lapor televisyen kerajaan KRT pada hari Isnin (27 Januari).
Dalam rakaman yang disiarkan oleh KRT, jalan raya dan kawasan sekitar dilitupi salji dan orang ramai kelihatan berjalan dalam salji di pelbagai kawasan termasuk Pyongyang, wilayah Hamgyong Selatan, Jagang, dan Phyongyan Utara.
Kawasan Komdok di wilayah Hamgyong Selatan mencatatkan kira-kira 54cm (21 inci) salji, menurut laporan KRT.
KRT juga menambah bahawa cuaca sejuk teruk dan salji dijangka berterusan di beberapa kawasan pantai timur negara itu sehingga Selasa (28 Januari) kerana zon tekanan rendah bergerak ke arah timur. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.