LONDON: Salji tebal mengakibatkan masalah trafik di United Kingdom.
Lapangan terbang paling sibuk Heathrow menyaksikan lebih 50 jadual penerbangan dibatalkan sementara kerja-kerja pembersihan landasan dilakukan.
Turut terjejas Lapangan Terbang Gatwick dengan penangguhan jadual penerbangan.
Jalan raya yang diselaputi ais turut menyebabkan gangguan perkhidmatan kereta api.
Malah terdapat laporan kemalangan jalan raya dan insiden kanak-kanak terjatuh ke dalam tasik dengan kesemua mangsa yang kritikal kini dirawat di hospital.
Lapor media BBC, suhu dijangka boleh mencecah sehingga negatif 15 darjah celcius di timur laut Scotland, yang terendah sejak Februari tahun lalu.
Susulan itu, Jabantan Meteorologi Tempatan mengekalkan amaran tahap kuning sehingga malam ini.
Agensi Kesihatan UK pada masa sama mengeluarkan amaran cuaca sejuk sehingga Jumaat ini dan menggesa orang ramai agar sentiasa mengambil langkah berwaspada.