comscore
Tumpuan :
Dunia

Saintis pecah rekod dunia, tangkap ikan di dasar terdalam dunia

Foto: The Minderoo-Uwa Deep Sea Research Centre

PERTH: Rekod dunia berjaya dipecahkan oleh para saintis apabila mereka berjaya menangkap ikan yang hidup pada dasar lautan terdalam selain turut merakamnya dengan lensa kamera pergerakan ikan itu di habitat asalnya.

Seekor spesis ikan siput juvana yang sebahagian daripada keluarga Liparidae, berjaya dirakam pada Ogos 2022 pada kedalaman 8,336 meter di Jurang Izu-Ogasawara, mengatasi rekod sebelumnya di Jurang Mariana dengan perbezaan 158 meter.

Beberapa hari kemudian, pasukan saintis itu dapat menangkap dua ekor ikan siput itu pada kedalaman 8 ribu 22 meter di Jurang Jepun, iaitu ikan laut dalam pertama yang pernah ditangkap pada kedalaman lebih lapan kilometer.

Menurut Ketua Saintis, Ekspedisi Penyelidikan Laut Dalam, Alan Jamieson, jika seseorang itu menemui ikan pada kedalaman yang lebih dalam, jumlahnya adalah tidak begitu banyak.

Ekspedisi penyelidikan oleh Universiti Australia Barat dan Universiti Sains dan Teknologi Marin Tokyo, adalah sebahagian daripada kajian yang telah dijalankan selama 10 tahun, mengenai kehidupan spesis ikan terdalam di dunia. – REUTERS

Loading...
Terkini