Tumpuan :
Dunia

Rusuhan di seluruh Pakistan susulan penahanan Imran Khan

Foto: Reuters

LAHORE: Susulan penahanan bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan, ketegangan semakin memuncak di seluruh negara terutamanya membabitkan penyokong kuat Imran dan juga pihak berkuasa.

Terbaharu menurut media tempatan, ibu pejabat jeneral tentera di Rawalpindi diserang dan dikepung oleh penyokong tegar Imran.

Selain itu, pertempuran turut tercetus di bandar Karachi, Lahore dan Peshawar sehingga pihak berkuasa terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan menembak meriam air dalam usaha mengawal keadaan.

Semalam, Imran ditahan dan dibawa masuk ke dalam sebuah kenderaan berperisai seterusnya menuju ke lokasi yang dirahsiakan sejurus selepas hadir ke Mahkamah Tinggi Islamabad.

Dalam satu kenyataan oleh Menteri Dalam Negeri, Rana Sanaullah, Imran ditahan oleh Biro Akauntabiliti Kebangsaan, NAB yang bertindak selaku badan pencegah rasuah negara itu.

Setakat ini, belum ada penjelasan lanjut berhubung penahanan bekas pemimpin Parti Pakistan Tehreek-e-Insaf, PTI terbabit. – REUTERS

Loading...
Terkini