NEW DELHI: Kementerian Luar India memindahkan lebih 4,500 pelajar warganya dari Bangladesh susulan insiden protes di Dhaka.
India mengikut jejak beberapa negara memindahkan pelajar masing-masing dengan terbaharu 500 pelajar dari Nepal, 38 dari Bhutan dan seorang dari Maldives antara yang turut dipindahkan.
Protes di Dhaka terus memuncak minggu lalu terutama selepas pertempuran di Universiti Dhaka sebagai bantahan terhadap sistem kuota kerajaan Bangladesh untuk jawatan awam.
Sistem kuota itu memperuntukkan 30 peratus jawatan kerajaan kepada ahli keluarga veteran perang 1971.
Penunjuk perasaan mendakwa bahawa sistem berkenaan menyebabkan diskriminasi dan pilih kasih.
Setakat ini, lebih 100 orang terbunuh dan sekurang-kurangnya 300 pegawai polis cedera.
SUMBER REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa