UKRAINE: Rusia mendakwa pasukan tenteranya telah melancarkan serangan berkumpulan yang menyasarkan kemudahan tenaga Ukraine sementara Ukraine pada hari yang sama melaporkan telah memusnahkan puluhan peluru berpandu dan dron Rusia.
Kementerian Pertahanan Rusia berkata dalam satu taklimat pada hari Rabu bahawa pasukannya telah menguasai sebuah penempatan dalam tempoh 24 jam lalu.
Pada pagi Rabu, pasukan bersenjata Rusia melancarkan serangan berkumpulan dengan senjata berketepatan tinggi dan serangan dron ke atas kemudahan infrastruktur gas dan tenaga kritikal yang menyokong kompleks ketenteraan-industri Ukraine kata kementerian pertahanan tersebut.
Pada masa yang sama, pasukan Rusia turut menyasarkan sebuah lapangan terbang tentera dan beberapa objektif lain pihak Ukraine.
Pasukan pertahanan udara Rusia memintas bom udara dan roket HIMARS Ukraine, serta memusnahkan puluhan dron, menurut kementerian Pertahanan Rusia.
Perdana Menteri Ukraine, Denys Shmyhal, berkata Rusia sekali lagi melancarkan serangan besar-besaran ke atas kemudahan tenaga negara itu, namun sistem tenaga Ukraine terus beroperasi dengan stabil.
Pasukan udara Ukraine mendakwa telah memusnahkan puluhan peluru berpandu dan dron Rusia. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.