comscore
Tumpuan :
Dunia

Rusia serang bandar besar Ukraine, 18 maut

Foto: Reuters

UKRAINE: Sekurang-kurangnya 18 terbunuh dan lebih 130 cedera dalam siri serangan Rusia ke atas beberapa bandar terbesar Ukraine.

Kharkiv, Kyiv dan Kherson dihujani bedilan bertali arus.

Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy memaklumkan, Rusia membedil kira-kira 40 peluru berpandu pelbagai jenis.

Foto: Reuters

Lebih 200 lokasi disasarkan termasuk 139 kediaman dan bangunan.

Ukraine katanya akan bertindak balas lebih kuat ke atas Rusia susulan serangan itu.

Beberapa hari lalu, Ukraine melancarkan serangan ke atas Donetsk – kawasan dikawal Rusia sehingga mengorbankan nyawa penduduk.

Lebih 10,000 orang awam terbunuh dan hampir 20,000 cedera sejak pencerobohan Rusia ke atas Ukraine bermula pada Februari 2022 – AL JAZEERA

Loading...
Terkini