Tumpuan :
Dunia

Rusia lancar 4 peluru berpandu, 131 dron ke Ukraine

UKRAINE: Rusia melancarkan empat peluru berpandu dan 131 dron ke arah Ukraine semalaman.

Tentera Udara Ukraine juga melaporkan 72 dron berjaya dimusnahkan manakala 59 lagi hilang tanpa mencapai sasaran.

Kementerian Pertahanan Moscow menyatakan tenteranya memintas dan memusnahkan 55 dron Ukraine di enam wilayah Rusia semalaman.

Menurut Gabenor wilayah Voronezh, Aleksandr Gusev, enam dron ditembak jatuh dan menyebabkan kebakaran.

Dalam pada itu, tentera Kyiv mengaku bertanggungjawab ke atas serangan di sebuah kilang pembuatan pesawat di wilayah Smolensk, Rusia serta serangan di Voronezh yang menyebabkan kebakaran depoh bahan api.

Staf Am Ukraine menyatakan bahawa serangan itu diselaraskan antara unit dron dan pasukan khas.

Agensi berita negara Rusia, TASS, melaporkan bahawa tentera Moscow telah menawan kampung Vovkove di timur Ukraine, yang terletak hanya 10km (6.2 batu) di barat daya bandar Pokrovsk, hab bekalan utama untuk tentera Kyiv.

Tentera Moscow juga sebelum ini telah menawan daerah Shevchenko, sebuah lagi kawasan berhampiran hab tersebut, menurut TASS.

Pihak berkuasa wilayah Orenburg di Rusia mengarahkan penduduk untuk berlindung daripada kemungkinan serangan dron Ukraine.

Ia adalah wilayah sama di mana terdapatnya lokasi strategik peluru berpandu Rusia. REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini