Tumpuan :
Dunia

Rusia, China bincang bina hubungan dengan AS

Foto: Reuters

MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin dan Presiden China, Xi Jinping, berbincangan untuk membina hubungan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Kedua-dua pemimpin turut membincangkan prospek perjanjian damai untuk menamatkan perang di Ukraine dan sokongan padu Moscow terhadap kedudukan Beijing di Taiwan.

Jinping dan Putin, bercakap selama sejam dan 35 minit melalui panggilan video selepas Trump mengangkat sumpah sebagai presiden A.S. pada Isnin.

Mereka juga mencadangkan untuk memperluas perkongsian strategik antara negara masing-masing, sekali gus mencetus kebimbangan Barat.

Pada Februari, China dan Russia mengisytihar perkongsian tanpa had selepas Putin melawat Beijing, beberapa hari sebelum menghantar puluhan ribu tenteranya ke Ukraine.

Putin dalam beberapa bulan kebelakangan ini turut menggambarkan China sebagai sekutunya.

Putin, 72, bercakap dengan rakan sejawatannya itu dari kediamannya di Novo-Ogarevo di luar Moscow, sementara Jinping , 71, dari Dewan Besar Rakyat di Beijing.

Dalam pada itu, Trump sebelum itu berkata, beliau akan bersikap tegas terhadap China dan akan berhubung dengan Putin bagi membincangkan usaha menamatkan perang di Ukraine.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini