FREETOWN: Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh selepas sebuah bangunan tujuh tingkat runtuh di Freetown, ibu kota Sierra Leone.
Agensi Pengurusan Bencana Nasional (NDMA) Sierra Leone melaporkan, enam mangsa telah diselamatkan dari runtuhan, manakala ramai lagi masih terperangkap di bawah serpihan bangunan.
Menurut penduduk, bangunan tersebut digunakan untuk didiami dan juga bagi tujuan komersial.
NDMA bersama rakan kongsi lain sedang berusaha keras untuk menyelamatkan lebih banyak mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan.
Pihak berkuasa NDMA juga telah memulakan siasatan mengenai punca insiden itu berlaku.
Brima Sesay, Ketua Pengarah NDMA, mengesahkan komitmen agensi tersebut untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai risiko penggunaan kontraktor yang tidak berkelayakan dan bahan binaan yang tidak mematuhi standard.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.