
MESIR: Rundingan bagi fasa kedua berlangsung sejak beberapa hari lalu, tetapi mengalami kelewatan besar selepas Pemimpin rejim Israel, Benjamin Netanyahu, enggan menghantar delegasi ke perbincangan tersebut.
Awal minggu ini, kabinet keselamatan Israel bermesyuarat dan memberi kebenaran untuk menghantar pasukan ke ibu negara Mesir bagi bertemu dengan perantara dan membincangkan langkah seterusnya.
Namun, sehingga kini, masih belum ada sebarang kemajuan yang ketara.
Hamas menyatakan kesediaan untuk membebaskan semua baki tawanan Israel yang masih ditahan di Gaza dalam satu pertukaran besar pada permulaan fasa kedua, dengan syarat perang dihentikan sepenuhnya.
Netanyahu pula dilihat lebih cenderung untuk melanjutkan fasa pertama bagi membebaskan sebanyak mungkin tawanan tanpa bersetuju untuk memulakan fasa kedua ini kerana terdapat perpecahan dalam kepimpinan Israel itu sendiri, dengan sebahagian besar mahu meneruskan perang.
Buat masa ini, masih banyak perkara yang belum jelas dan masih tidak dapat dipastikan bagaimana rundingan ini akan berkembang. – AL JAZEERA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.