Tumpuan :
Dunia

Rundingan fasa kedua gencatan senjata Hamas-Israel didakwa Gagal

Foto fail Reuters

KAHERAH: Rundingan di Kaherah mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata antara kumpulan pejuang Hamas dan rejim Zionis Israel didakwa gagal, menurut laporan Al Mayadeen yang memetik seorang pegawai Palestin.

Pegawai itu mendakwa Israel sengaja melengahkan rundingan untuk memanjangkan fasa pertama sambil memastikan pembebasan tahanannya secara beransur-ansur. Hamas bagaimanapun menegaskan tidak akan membebaskan mana-mana tahanan Israel tanpa perjanjian menyeluruh.

Usaha pengantara untuk meyakinkan Israel agar meneruskan rundingan seterusnya juga dikatakan tidak berjaya, susulan pemimpin politik Israel didakwa memberi tekanan kepada perunding untuk melanjutkan fasa pertama dengan syarat Hamas membebaskan lebih ramai tahanan.

Pihak berkuasa Mesir mengesahkan pegawai Israel telah menyertai pengantara dari Qatar dan Amerika Syarikat dalam perbincangan intensif mengenai gencatan senjata. Perjanjian gencatan senjata tiga fasa itu diumumkan pada 15 Januari hasil rundingan tidak langsung yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Rundingan fasa kedua bertujuan untuk menamatkan sepenuhnya perang di Gaza dan memastikan pembebasan semua tahanan Israel yang masih ditahan. Hamas menegaskan komitmennya terhadap rundingan dan menyatakan Israel “tidak mempunyai pilihan” selain terlibat dalam perbincangan lanjut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini