Tumpuan :
Dunia

Rundingan bebas tebusan perang capai kemajuan?

FOTO: Reuters

TEL AVIV: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mendedahkan kononnya rundingan pembebasan tebusan dengan Hamas kini mencapai kemajuan.

Namun katanya tempoh masa untuk memuktamadkan rundingan itu masih kabur.

Netanyahu mendakwa tekanan ketenteraan rejimnya kini menyebabkan Pejuang Hamas mempertimbang tuntutan mereka.

Hal ini, kata Netanyahu, dianggap satu pencapaian besar buat tentera Zionis.

Dalam pada itu, Netanyahu juga terus angkuh dengan menyatakan rejim Israel akan memperkukuh kedudukan di rantau Asia Barat selepas ini.

Misi ini, jelasnya, akan dibantu rakan kongsi yang juga sekutu utamanya Amerika Syarikat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini