Tumpuan :
Dunia

Rubio, Putera Mohammed bincang masa depan Gaza dalam pertemuan di Jeddah

FOTO: Reuters

JEDDAH: Jurucakap Jabatan Negara AS mengeluarkan ringkasan pertemuan antara Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, dan Penasihat Keselamatan Negara AS, Mike Waltz, dengan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman, di Jeddah.

Menurut kenyataan tersebut, perbincangan meliputi usaha pembinaan semula Gaza, namun tiada butiran lanjut diberikan.

Rubio turut menegaskan “komitmen tegas Amerika Syarikat bahawa sebarang penyelesaian terhadap situasi di Gaza tidak boleh melibatkan sebarang peranan untuk Hamas.”

Selain Gaza, perbincangan turut menyentuh isu Yemen, termasuk serangan Houthi ke atas kapal di Laut Merah, serta “cara untuk mempromosikan kerajaan yang stabil dan bebas daripada keganasan” di Syria.

Rubio berada di Arab Saudi menjelang rundingan damai Ukraine-AS yang dijadualkan berlangsung pada hari Selasa. REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini